Saya mempunyai sebuah permainan tradisional melayu yang bernama congkak.Congkak merupaka sejenis permainan tradisional yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan.Dalam permainan congkak,terdapat dua papan congkak dan buah congkak . Terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'.Dalam permainan ini, pemain akan memulakan dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati.Pemain yang kedua akan membuat yang sama seperti pemain yang tadi.
Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah.jikalau pemain telah membuat pusingan,ia harus melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain,pemain boleh
mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".
setahu saya, permainan congkak ini berasal daripada Arab.ia dicipta pada zaman dahulu apabila raja-raja berada.Zaman-zaman dahulu,raja-raja mampu mendapatkan congkak yang berukir mewah setelah di kalangan rakyat jelata,mereka hanya bermain dengan mengorek lobang di dalam tanah.pada zaman sekarang,congkak dimainkan di merata dunia.congkak amat diminati dan digemari oleh ramai sehinnga ramai peminat congkak membuat leleman web tentangnya.
No comments:
Post a Comment